Since 1965
Keunikan Lembaga (nama asal singkatan Lembaga Khairat Kematian Kakitangan Muslimin Jabatan Kastam Singapura) bermula dengan kewujudannya dijabatan Kastam & Eksais Singapura pada 1965.
Ianya mendapat pengiktirafan daripada “The Comptroller of Customs & Excise Dept” yang menjadi Penaung kepada persatuan. Sebagai Penaung, persatuan diberikan pejabat untuk menguruskan segala kerja-kerja persatuan tanpa perlu membayar bil elektrik dan air. Pembayaran yuran bulanan ahli melalui gaji ahli turut dibantu dan di selenggarakan oleh “Human Resourse Manpower (HRM”) kededua jabatan Kastam & ICA hingga saat ini.
Perubahan kapada pentadbiran Jabatan Pemerintah Kastam & “Singapore Immigration & Pendaftaran (SIR)” berlaku pada Apr 2003 dimana 74% daripada ahli persatuan bertugas bersama ICA, 36 (10%) dengan Kastam Singapura. Selebihnya iaitu 56 (16%) pegawai merupakan ahli bersekutu tetapi bayaran yuran SCIMSBA tetap diselenggarakan kededua “HRM” hingga ke hari ini. Berikutan dengan tiadanya lagi pengiktirafan Kastam sebagai Penaung kapada persatuan ini, kami bertemu dengan ”Commisioner ICA” dan timbalannya untuk menerangkan kedudukan persatuan. Kami berharap agar mendapatkan pengiktarafan tetapi gagal.
Kami bercadang untuk teruskan hasrat murni persatuan untuk terus membantu ahlinya. Kami berusaha memakmurkan persatuan kembali dengan terus mengorak langkah kehadapan. Pertemuan dengan Lembaga Khairat Muslimin Polis Repablik Singapura di Cantonment Complex untuk menimba pengalaman daripada mereka menimbulkan semangat baru. Berkat kerja keras AJK dan sukarelawan persatuan, kami bertekad untuk teruskan usaha untuk merekrut ahli-ahli baru persatuan.
SCIMSBA tidak lagi bernaung di bawah Jabatan pemerintah tetapi merupa entiti tersendiri. Kami dapat teruskan usaha kami untuk merekrut ahli yang bertugas di kededua Jabatan Pemerintah disamping orang awam. Ini berikutan kelulusan yang diberi oleh RMBO terhadap pindaan perlembagaan pada Oct 2017.
Hari ini bersempena perubahan nama persatuan yang didaftarkan sebagai The Muslim Community Benevolent Association of Singapore (TMCBAS), ianya memperluaskan keahliannya untuk merangkumi semua komuniti Islam. Ini mencerminkan aspirasi persatuan.
Alhamdulillah. Setelah 56 tahun berlalu, Lembaga masih kekal aktif disebabkan sokongan ahli nya. Semuga Allah SWT terus memakmurkan Lembaga didalam usaha bersama pertingkatkan kebajikan dan sosioekonomi komuniti Islam sambil kita beramal. In Shaa Allah.